Jual Pokok Kemboja Frangipani / Plumeria Online

Jual Pokok Kemboja Frangipani / Plumeria Online


Jual Pokok Kemboja Frangipani / Plumeria | kebun bandar jual pokok bunga melati Klang Selangor Online | 0162588985 | Pokok Kemboja Biasa Murah

Jual Pokok Kemboja Frangipani / Plumeria | kebun bandar jual pokok bunga melati 0162588985  Klang Selangor Bunga Mawar Bunga melati Kemboja Bunga Kemuning Bunga Kertas Bunga Raya Bunga Kembang Sepuluh Bunga Anggerik Bunga Matahari Dan Banyak Lagi Jenis Pokok Bunga dan lain-lain.Pokok Kemboja Biasa Murah

Pokok bunga merupakan tanaman hias yang banyak ditanam oleh penggemar tanaman bunga.Tanaman ini banyak dijadikan penghias taman rumah agar kelihatan semakin indah. Rumah yang digunakan sebagai tempat berehat dan melepaskan penat akan semakin nyaman bila di sekitarnya banyak tumbuh tanaman yang mempunyai bunga yang  sangat indah.
Anda boleh menanam pokok bunga ini dengan pasu atau terus atas tanah. Buatlah sebuah taman kecil yang dipenuhi dengan aneka warna bunga untuk mengindahkan suasana. Anda boleh menjadikan ini sebagai hobi untuk mengisi waktu lapang.

Ada pelbagai jenis tanaman bunga yang boleh anda tanam di rumah. Berikut ada beberapa jenis tanaman bunga  yang sesuai untuk dijadikan tanaman hias.

wasaap - 0162588985

Koleksi Kemboja - Frangipani / Plumeria

Saya memang minat dengan bunga kemboja. Setengah orang tidak suka kerana beranggapan sebagai bunga kubur. Misteri dan dipenuhi dengan cerita mistik. Dari dulu lagi saya berangan nak ada garden pokok ini depan rumah. Namun hakikat dan kebarangkalian untuk memenuhi permintaan hati bagai tidak terlaksana. Mmmmh...mana mungkin. Laman pun seciput saja....

Walaupun begitu saya tetap meneruskan minat untuk mengumpul pelbagai variety bunga yang sangat cantik ini. Ini adalah pembelian pertama dari Diana  - Kebun Bahagia Bersama sekitar tahun 2013. Yellow Bali Picotee atau Bali Hai. Wangiiii....

Saya beli dua jenis darinya. Satu lagi Bali Red. Harum semerbak juga. Merah bertompok kuning di tengah.

Closed up. 

Pemberian kawan. Tidak tahu IDnya. 

Kebanyakkan kemboja berbau harum. Yang ini  aromanya sangat menusuk kalbu dan dipenuhi nostalgia. Harumannya seakan membawa saya pulang kezaman silam. 

Awal tahun ini saya membeli 6 jenis variety kemboja hibrid. Tidak dapat menahan rasa hati bila peniaga online fb mempamiran senarai bunga yang semuanya menawan hati.  Harga antara RM10-20 sebatang. Kebanyakkan pokok kemboja saya letakkan di kebun sayur. 

Bulan berikutnya saya beli lagi dua jenis. 

Namun agak malang 2 batang pembelian terakhir  buruk sebelum sempat di tanam. Malaysian Black Tiger & Vishnu Gold. Kedua-duanya mempunyai bunga yang sangat cantik, besar & menawan. Risiko yang terpaksa di tanggung. 

Sekarang hujan sedang bermusim. Tidak sedar ada lagi kemboja yang baru ditanam memburuk batangnya. Terpaksa saya usung dari kebun dan letak atas rak bawah porch. Kurang cahaya matahari namun tiada pilihan. 

Ada yang batangnya terpaksa dikerat sehingga kontot. Harapan mau hidup tu 50-50 saja. Sedih juga
namun begitu  tidak sangka ada pokok lain yang sudah berlajar berbunga. Tak sabar nak tengoknya kembang!

Sementara itu cik merah terang ini berjaya membuatkan rasa sedih saya hilang. Beli dari nurseri. Tiga tahun tanam baru nak berbunga. Puas hati tengok. 

Yang paling rajin berbunga....basah dalam hujan. 

Mengorat dari adik di kampung dua bulan lepas.  Masam kelat adik nak bagi pun. Sayang. Saya ambil batang kosong saja. Tiga minggu kemudian terus berbunga cantik. Rezeki. 


Tidak dapat dinafikan saya masih mahu membeli lagi bunga ini. Tak mau fikir kat mana nak letak nanti kepala pusing. Beli dulu bela bagi cantik. Tak cukup ruang esuk kita jual. Di tempat saya pokok ini menjadi kegemaran untuk landskap dan dijual dengan harga yang tinggi. Kalau ada tanah mau saya buat ladang. Setakat ini dulu kita bersiaran. Jumpa lagi dilain hari.

http://malasaad.blogspot.my/2017/04/koleksi-kemboja-frangipani-plumeria.html


NewerStories OlderStories Home

1 comment:

  1. Prediksi Bola Sampdoria vs Verona 03 Maret 2020
    Prediksi Bola Portsmouth vs Arsenal 03 Maret 2020

    hasilbola.vip memberikan TIPS Gratis <<<
    Dengan sekuat saldo tabungan anda, Pastinya anda sudah bisa memenangkan pertandingan Prediksi Sepakbola yang dari kami. Yuk kunjungi situs dibawah ini yang pastinya AKURAT...

    https://hasilbola.vip/prediksi-sepakbola/baca/3839/sampdoria-vs-verona-03-maret-2020
    https://hasilbola.vip/prediksi-sepakbola/baca/3840/portsmouth-vs-arsenal-03-maret-2020

    ReplyDelete