Anak Pokok Belalai Gajah
DAUN BELALAI GAJAH ATAU SABAH SNAKE GRASS TELAH LAMA DIKENAL PASTI MEMPUNYAI ANTIOKSIDAN YANG TINGGI UNTUK MENGATASI SEL-SEL KANSER DAN MENGEKALKAN SEL-SEL SIHAT DALAM TUBUH MANUSIA.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
Info dan Khasiat Herba Daun Belalai Gajah
Daun Belalai Gajah / Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau, dewasa ini hangat diperkatakan boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostate, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi. Walaupun tidak ada bukti secara saintifik tetapi telah ada pesakit kanser yang telah sembuh / kesihatan bertambah baik setelah mengamalkan makan / minum Daun Belalai Gajah ini.Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
0 comments:
Post a Comment